Cara Meletakkan Lokasi Homestay Dalam Google Maps.

Kepada pengusaha homestay yang ingin menandakan lokasi rumah bagi memudahkan pelanggan datang, berikut ini adalah cara-cara untuk meletakkan lokasi homestay di dalam Google Maps.

Langkah 1 : Sign in akaun anda (jika belum)
Langkah 2 : Buka Google Maps
Langkah 3 : Klik simbol 3 garisan di bahagian atas kiri
Langkah 4 : Pilih "Add a missing place"
Langkah 5 : Lengkapkan maklumat yang dikehendaki.
(Pastikan lokasi adalah betul pada "update location on map", seret ke kedudukan sebenar jika berkenaan)
Langkah 6 : Letakkan gambar bagi memudahkan pencarian.
Langkah 7 : Klik hantar (butang di bahagian atas kanan - simbol segitiga)
Langkah 8 : Tunggu pengesahan email.
Langkah 9 : Email pengesahan diterima.

Selepas email pengesahan diterima, bermakna homestay anda telah ada dalam peta google maps. Senangla nanti pelanggan anda nak mencari homestay anda.

Untuk melihat caranya melalui video, ini pautan Youtube cara meletakkan lokasi(klik gambar disebelah).


Nota : Cara yang ditunjukkan boleh digunakan untuk menanda apa-apa sahaja tempat menarik (tak hanya homestay) untuk kemudahan orang mencari lokasi

SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA


***********ADVERTISEMENT***********

Tiada ulasan: