Memaparkan catatan dengan label Perubatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perubatan. Papar semua catatan

Asrama Gastep, Kuala Terengganu


      Berita baik kepada waris pesakit yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang datang dari jauh dan kurang berkemampuan. Khidmat masyarakat dari Hamba Allah, semoga amalan baik ini diterima oleh Allah SWT.

Hubungi : 019-9073200 / 019-9519782.
Atau klik logo utk whatsapp.
  
019-9073200                                 019-9519782

Berikut adalah mesej yang dikongsikan di FB.

Assalamualaikum.

      Boleh la royat kabo ke warih waroh, sedara mara, sepupu sepapa yang memerlukan penginapan PERCUMA (untuk waris pesakit Hospital HSNZ)...kami tolong hop mana termampu...dop kira org daerah mana, dop kira negeri mana, dop kira parti menda....

      Asrama ni duk dlm Kampung Teluk Paku, 15-20 minit la jugak nak boleh sampai dari Hospital Besar Nur Zahirah...tapi ianya PERCUMA...

      Boleh la nak mari rehat sini, nak mari tumpang tido....kabo la ke sapa2 yg memerlukan...arini kita tolong org..besok2 org pulop tolong kita.

Sumber Asal : https://m.facebook.com/groups/125153590939057?view=permalink&id=3025602817560772

Homestay HRPB | Kamar Musafir Masjid HRPB

Homestay Masjid Hospital Raja Permaisuri Bainun, lpoh

Pada sesiapa yg ingin menunggu saudara mara /mak ayah / anak / suami / isteri, yg sakit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, pihak masjid ada menyediakan bilik homestay berehat. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi urusetia masjid Hospital seperti ketetapan di bawah :

*Bayaran :* Rm80.00 semalam.
*Homestay :* 10 unit shj.

Sila hubungi nombor 019-5666621 untuk tempahan.
Klik untuk Direct Whatsapp.


Terima kasih.
Sharing is caring πŸ‘†πŸΎmohon dipanjangkan khususnya kpd yg memerlukannya


Nama rasmi Masjid Hospital Ipoh : Masjid Muhibbudin Shah

Facebook Page Kamar Musafir


*********************************

Dormitory IJN Foundation - Tenaga Nasional


      Kepada yang menemani pesakit yang masuk wad di IJN, kini tak perlu risaukan penginapan kerana IJN ada menyediakan dormitory untuk penjaga pesakit. Sesuai sekali untuk penjaga di wad yang tidak boleh menemani di dalam wad seperti ICU, HDU, CCU dll.
      Keadaan kelihatan selesa dan bersih. Tapi yang paling penting, dekat dengan pesakit. Kadarnya pun amat berpatutan memandangkan berada di tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut hubungi IJN : 03-2617 8200


"Sumbangan TNB untuk ruangan penempatan penginapan transit waris dan ahli keluarga pesakit jantung - Dormitory di IJN, KL bernilai lebih RM 1.3 Juta.
Set lengkap ruangan untuk menginap berkonsepkan asrama dan empat (4) bilik keluarga dan Dua (2) Dormitory dengan empat puluh (40) kapasiti setiap satu bilik.
Sewa dikenakan : Katil Single - RM 20 semalaman,
Katil Double Decker - RM 10 / katil semalaman.
Sementara bilik berkeluarga dikenakan RM 50 / semalaman.
Sesiapa yang mempunyai saudara mara yang  dirawat atau menjalani rawatan jantung di IJN boleh menggunakan kemudahan ini dengan kadar yang ditetapkan.   Mohon sebaran"
Kredit - http://t.me//KamarulAqliAm




********************************************